Tuesday 20 May 2014

SLIDE PROGRAM ANAK PERMATA









Tn. GURU AMINUDDIN BIN HAJI ANUAR











Guru Utama PSGFM kedua adalah Tn. Guru Aminuddin b. Haji Anuar. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia. Merupakan ahli seumur hidup PSGFM (No. Ahli: 1400) sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan.
Pemilihan beliau selaku Guru Utama pernah dihasratkan oleh Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab semenjak tahun 1999 lagi. Naman disebabkan pendirian beliau yang menghormati Allahyarham sebagai pemimpin utama sebuah persilatan yang masyhur ketika hidupnya, beliau hanya menerima tugas ini setelah ketiadaan beliau. Tugas ini diterima dengan penuh sabar dan amanah dalam meneruskan kesinambungan silatmelayu warisan bangsa Malaysia ini. Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’.
Beliau kini telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Majnah Abdillah dan beralamat di Sandakan, Sabah. Sebelum menerima jawatan ini beliau pernahbertugas dalam bidang perniagaan, dan perkhidmatan  silatprofessional.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai beliau:
Pengalaman Bertugas:


1. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, Kuala Lumpur (Graphic Artist) -1991/95

2. BOLD PLATFORM (Computer Graphic, Artist) -1995

3. SMART READER, English Children’s Books (Illustrator and Computer Artist) -1996
4. UTUSAN MALAYSIA BERHAD (Computer Graphic, Artist) -1997
5. TAKAFUL NASIONAL SDN. BERHAD (Insurance Agent Life/General) -2003/05
6. PROTON EDAR SDN BHD, SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN
(Sales Advisor, Secretary of Safety PESB, Sandakan) -2008
7. RIGHTPOWER SDN. BHD SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN (Sales Advisor, Sandakan) -2010
Pendidikan:


1. SIJIL RENDAH PELAJARAN —1986 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor)

2. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA -1989 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor)

3. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA -1991 (INSTITUTE CAHAYA MALAYSIA)
4. MENSA INSTITUTE OF ART DESIGN -1992
5. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PENANG -1995
6. COSMOPOINT COMPUTER GRAPHIC DESIGN, K.LUMPUR -1996/97
Pengalaman, Jawatan dan Kejayaan Silat :


1. Guru Utama ke-2, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Pewaris Silat Malaysia yang di asaskan oleh Al-Marhum Tn. Hj. Anuar Hj. Abd. Wahab (AMN)

2. Ahli Majlis Perguruan PSGFM

3. YDP Silat Malaysia (SSM)
4. YDP Pesaka Sandakan, Sabah
5. Pengerusi Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS)
6. Setiausaha, Majlis Jurulatih PSGFM (Mantan)
7. Penasihat, Pusat Cemerlang Silat (PCS)
8. Guru SilatSilat Malaysia PSGFM
9. Program khas Silat di School Of Silat, 5 Negara di Eropah.
Berpengalaman luas dalam membentuk pasukan dan program silat.


1. Juara Silat Kebangsaan dan Peringkat Sedunia, Silat Solo Putera

- (Gold Medal) 1992, Selangor

- (Gold Medal) 1994, Penang
- (Gold Medal) 1995, Terengganu
- (Bronze Medal) 1992, Jakarta, Indonesia
- (Silver Medal) 1994, Hatyai, Thailand
Kursus yang dikendalikan:


- Kursus Kejurulatihan Silat Melayu (Pertandingan)

- Kursus Teknikal Perwasitan Silat Melayu (Pertandingan)

- Kursus Silat Seni Solo dan Senjata (PCS)
- Kursus Silat Olahraga, Teknikal dan Perwasitan SOR
- Bengkel Motivasi Silat Untuk Pelajar Sekolah (Pangkor)
Program Pertandingan yang Pernah dikelolakan:


- Open Silat Olahraga UIA, Petaling Jaya

- Invitasi Silat Lima Penjuru Sekolah-Sekolah Hulu Langat

Silat Melayu PSGFM, Selangor Darul Ehsan
Silat Olahraga dan Seni Silat PSGFM Selangor
- Ketua Pertandingan Silat Terbuka UMS Sabah
Membangunkan Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS) di Kota Kinabalu, Nov. 2009.
Menggerakkan dan selaku YDP Pesaka Sandakan meneruskan program Silat Malaysia sebagai tunjang program di Sabah dan Sarawak.
Kelas Silat Malaysia :


- Kompleks Sukan Sandakan, Jln Sibuga Sandakan

- Kompleks Sukan Putatan, Kota Kinabalu

- S.R.K Sungai Anib 3, Sandakan
- S.M.K Elopura 2, Sandakan


Perancangan Jangka Panjang :
Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah menetapkan bahawa Indonesia, Malaysia, Brunai dan Singapura sebagai negara pendiri PERSILAT kerana di negara berkenaan terdapat aliran pencak silat yang memang mempunyai badan induk di Indonesia.
Organisasi pencak silat Indonesia dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (1948) dan Indonesia telah mengiktiraf pencak silat sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia.
Oleh itu semua badan pendiri PERSILAT mengamalkan dan membangunkan pencak silat.
Sebagai rakyat Malaysia yang ingin merealisasikan pembangunan silat Melayu beridentitikan Malaysia yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut telah meningkatkan pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat di kenali sebagai Kurikulum Silat Malaysia maka adalah wajar kita menggembeling tenaga menjadikan sukatan kurikulum silat ini dilaksanakan secara menyeluruh bermula dari peringkat dasar hingga IPTA dan Belia seterusnya mengangkat Silat sebagai Seni Beladiri Rasmi dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara.
Maka satu usaha meneruskan, membangunkan dan mengembangkan aliran silat Melayu tradisi semenanjung atau silat asli tempatan versi Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa. Memartabatkan Malaysia sebagai negara silat dengan mewujudkan Persekutuan Silat Antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan silat sedunia.
Diharapkan kita berupaya dan mampu melaksanakan tugas dengan ikhlas, gigih, berani, harmoni, jujur, bijaksana, setia kawan demi kecintaan kepada Silat.
Di atas segala usaha melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan oleh Pertubuhan yang juga Perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia dikurniakan rahmat, keredhaan dan di berkati dari Allah s.w.t., Insyallah.

rujukan:
http://senigayungfatani.com/perguruan/artikel/guru-utama-aminuddin-anuar/


TUAN GURU DR NIZAM SHARPIE


  TUAN GURU NIZAM SHARPIE



   Guru Dr Nizam, Black Belt Seni Silat Malaysia, PhD Silat Kejurulatihan (UWIC, United Kingdom), Sarjana Sains Sukan (UiTM, Malaysia) & Ijazah Sarjana Muda Sains (UKM, Malaysia). Silat Jurulatih Dunia Diiktiraf, adalah atas silat guru antarabangsa yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam seni latihan mempertahankan diri (Kardi).Melalui pusat latihan Pusat Cemerlang Silat Malaysia, beliau menarik minat ramai pelajar silat antarabangsa untuk dilatih dan menguasai silat dengan berkesan. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, beliau telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan kajian dalam bidang kejurulatihan silat. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 tali pinggang hitam kepada pelajar di bawah pusat latihan.Beliau membaca berpuluh-puluh artikel seni mempertahankan diri dan mendaftar untuk ebook ini percuma dan surat berita.Beliau yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam berpendapat bahawa kajian ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada para pelajar yang berminat untuk melakukan kajian dalam bidang ini. Sumbangan beliau ini amat besar nilainya kepada bangsa dan agama dalam memertabatkan silat sebagai bela diri utama Malaysia..

TENTANG TUAN GURU NIZAM

Beliau memulakan pembelajaran Silat ketika umur beliau 11 tahun οld . beliau telah bergurukan Grandmaster Persatuan Seni Gayung Fatani Malaysia - Anuar Abdul Wahab Guru Aminuddin Hj. Anuar. Kedua-dua daripada mereka adalah fаntаѕtіс dan hebat dalam memberikan pengajaran penuh dalam dan luar atau dengan makna lain untuk menjadi   seorang pendekar

Sesungguhnya , beliau belajar daripada permulaan sehingga beliau mencapai Belt Hitam dalam tahun 1997. Tetapi masih mengamalkan sehingga hari ini terutamanya dalam penyelidikan sains Silat dalam alam semula jadi аnd sukan.

Pada tahun 1997 sehingga tahun 2007 beliau bermula dalam industri kejurulatihan dalam sekitar Kuala Lumpur, Kajang, Ampang, Putrajaya, Semenyih dan Cyberjaya ditubuhkan kepada pesilat kelas yang lebih rendah untuk meningkat kepada peringkat atas .

Beliau telah menubuhkan pusat latihan silatBersama-sama dengan Cikgu Shahiid dikenali sebagai ' Pusat Cemerlang Silat, Kajang ' aka PCS pada tahun 2002 Ini adalah permulaan era baru untuk menjadi lebih professional dalam pendidikan silat bertaraf dunia

Sokongan penuh daripada Grandmaster dan lain jurulatih daripada Seni Gayung Fatani Malaysia Persatuan telah membantu mereka dalam menimba pengalaman dalam penjenamaan Silat dalam sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Ini juga telah menarik minat  pelawat lain di seluruh dunia dalam membuat dokumentasi , latihan, seminar atau penggambaran mengenai Silat.

Berikut adalah beberapa  kelas yang beliau tubuhkan bersama-sama dengan rakan kongsi beliau Cikgu Shahiid :...

§  Dato’ Onn College – Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi (university level)
§  Institut Latihan Perindustrian, Kuala Lumpur (university level)
§  Kolej Professional Mara, Baranang (university level)
§  SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (secondary school level)
§  SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur (secondary school level)
§  Semarak Elementary School, Kuala Lumpur (private school)
§  SMK Pandan Mewah, Ampang (secondary school level)
§  SK Cheras Indah, Ampang (primary school level)
§  SK Taman Muda, Ampang (primary school level)
§  SMK Cheras Jaya, Balakong (secondary school level)
§  SAM Batu 10, Kajang (secondary school level)
§  SMA Persekutuan, Kajang (secondary school level)
§  SK Seri Sekamat, Kajang (primary school level)
§  SMK Teknik, Kajang (secondary school level)
§  SMK Tinggi, Kajang (secondary school level)
§  SMK Saujana Impian, Kajang (secondary school level)
§  SK Saujana Impian, Kajang (primary school level)
§  SMK Jalan Reko, Kajang (secondary school level)
§  SMK Jalan 2, Bandar Baru Bangi (secondary school level)
§  SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi (secondary school level)
§  SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi (primary school level)
§  SK Jalan 4, Bandar Baru Bangi (primary school level)
§  SMK Putrajaya Presint 16, Putrajaya (secondary school level)
§  SK Putrajaya Presint 16, Putrajaya (primary school level)
§  SMK Putrajaya Presint 8, Putrajaya (secondary school level)
§  SK Putrajaya Presint 8, Putrajaya (primary school level)
§  SMK Putrajaya Presint 11, Putrajaya (secondary school level)
§  SK Putrajaya Presint 11, Putrajaya (primary school level)
§  SMK Seri Puteri, Cyberjaya (secondary school level)
§  etc.

RUJUKAN:
Cikgu Nizam Official Website‘http://cikgunizam.com/about-2/

Dr. Nizam Shapie - EzineArticles.com Expert Author



TOKOH SENI SILAT MALAYSIA



Allahyarham Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN

PENGENALAN
Silat merupakan seni bela diri bangsa melayu dan nusantara yang telah wujud sejak sekian lama . Silat merupakan
jati diri bangsa melayu . Di Malaysia khususnya, terdapat banyak jenis pertubuhan silat yang wujud dan antaranya
ialah Silat Seni Gayung Fatani Malaysia . Tuan guru bagi pertubuhan Silat Seni Gayung Fatani Malaysia ialah Tuan
Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab . Beliau dikenali sebagai “Pendita” dikalangan komuniti Silat Seni Gayung Fatani
Malaysia . Beliau merupakan tokoh silat yang sangat disegani dalam dunia persilatan di dalam negara mahupun
antarabangsa . Pelbagai sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau dalam pembangunan silat di dalam negara
mahupun antarabangsa.

BIODATA
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN
Nama penuh beliau ialah Anuar bin Abdul Wahab . .Beliau dilahirkan pada tanggal 23 Desember 1945 di Bagan
Tunjang ,Sabak Bernam ,Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan Sekolah
Ungku Aziz Sabak Bernam dan kedua-duanya terletak di Sabak Bernam, Selangor. Kemudian beliau melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur. Telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara dengan membawa
gelaran/singkatan (A.M.N.). Beliau juga dianugerahkan gelaran Pendita oleh majalah senibeladiri terkemuka negara
majalah Seni Beladiri di atas segala jasa dan sumbangan beliau di dalam dunia persilatan
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab meninggal dunia pada tanggal 10 Mac 2009 pada jam 6.10 petang di
Hospital Kajang di Selangor. Berita mengenai kematian beliau memberi kejutan kepada komuniti silat di tanah air
mahupun antarabangsa. Sebelum beliau meninggal dunia beliau sempat menyiapkan buku terakhirnya iaitu ‘SILAT’
yang mengambil masa setahun dalam menyiapkannya. Buku tersebut menjadi rujukan utama untuk Persatuan Seni
Gayung Fatani dalam mempelajari mengenai sejarah dan pengajaran silat.

TAHAP PENDIDIKAN
Beliau menyambung pengajian dalam pengajian iktisas dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis pada tahun
1965-1966 . Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam peringkat Diploma Sarjana M.A Pengajian Islam pada
tahun 1985 di UKM . Beliau seterusnya mendapat Sarjana M.A. di UKM pada tahun 1987 dalam bidang
persuratan. Beliau pakar dalam pendidikan jasmani , seni dan kesusteraan . Ketika pengajian, beliau telah mengambil
kursus dalam bidang :
1. Art (MPIK)
2. Dakwah Islam (JPM)
3. Grafik Animasi untuk Filem (IPTAT)
4. Pendidikan dadah
Beliau merupakan seorang guru bersara dalam bidang pendidikan jasmani, seni dan sastera, dan merupakan ahli
kakitangan di Selangor KBSM Art Source.

PENGLIBATAN TOKOH DALAM DUNIA SILAT

PENGLIBATAN AWAL DALAM SENI SILAT
Semenjak 1957, Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah mempelajari beberapa seni silat dan antaranya ialah
Silat Harimau, Silat Cekak, Silat Sendeng, Silat Kuntau Betawi dan Seni Silat Helang Sewah di Kampung Hutan
Melintang, Perak. Pada tahun 1965, beliau mempelajari Seni Silat Gayung Fatani di Sabak Bernam. Pada tahun
1976, beliau telah menubuhkan pertubuhannya sendiri iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan telah
menjadi pengerusi dan Mahaguru dalam pertubuhan tersebut . Pada tahun 1983, melalui usaha Tuan Haji Anuar bin
Haji Abdul Wahab , Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah menjadi ahli kepada Pesekutuan Silat
Kebangsaan Malaysia (PESAKA).
PENGLIBATAN DALAM PESAKA

Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah menjadi Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan
Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan Perguruan Pesaka Selangor. Beliau seterusnya telah menubuhkan “Silat
Olahraga” pada peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau pada ketika itu merupakan jurulatih dan juri pengadil
bagi silat olahraga sejak 1984-2004 . Beliau juga mengasaskan “Silat Seni” pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau juga merupakan jurulatih dan juri pengadil bagi Silat Seni sejak 1995 . Selain itu , beliau juga turut
mengasaskan “ Kursus Muzik Silat Baku Malaysia” dan beliau merupakan hakim untuk Pergendangan Silat ( Muzik
Silat Baku Malaysia) di Kedah pada tahun 2002-2004 . Selain itu beliau menganjurkan kursus jurulatih dan hakim
“Silat Seni” bagi sekolah - sekolah di seluruh Malaysia yang merupakan kursus untuk jurulatih, pengadil dan juri di
peringkat sekolah di Maktab Teknik Kuala Lumpur.. Beliau juga menjadi Pengerusi Teknikal Kejohanan Silat Dunia
yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 1987 dan Pengerusi Teknikal ke-14 bagi Sukan SEA Kuala Lumpur.


PENGLIBATAN DALAM PERINGKAT SEKOLAH

Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah melibatkan diri dalam ko-kurikulum peringkat sekolah. Beliau pada
ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Teknikal pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Kejuaraan Silat
Kuala Lumpur. Beliau menjadi hakim bagi Silat Seni di sekolah-sekolah pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau juga mengadakan kelas silat di sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah di negeri-negeri di Malaysia dan
melibatkan dirinya dalam program silat sekolah. Beliau juga merupakan jurulatih silat pada peringakat kebangsaan
mahupun antarabangsa. Ramai antara anak didiknya yang memperoleh kejuaraan pada peringkat kebangsaan mahupun
anatarabangsa. Beliau telah membangunkan silat di peringkat sekolah dengan mewujudkan satu kurikulum terhadap
pendidikan silat di peringkat sekolah.

PENGLIBATAN SILAT PADA PERINGKAT ANTARABANGSA

Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah memegang jawatan sebagai setiausaha kepada penajaan pembentukan
Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di Jakarta, Indonesia. Beliau juga telah menjadi jurulatih silat
kepada beberapa negara seperti Austria, Switzerland, Perancis, Norway, Romania, Morocco dan Jerman untuk
mengembangkan silat di negara mereka. Antara usaha beliau dalam mengembangkan seni silat pada peringkat
antarabangsa adalah dengan mengadakan seminar dan bengkel di peringkat antarabangsa seperti Perancis,
Switzerland, Austria, Jerman dan Korea Utara. Beliau juga merupakan jurulatih bagi Persekutuan Silat
Antarabangsa (PERSILAT) . Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab juga telah melatih pasukan silat antarabangsa
seperti Thailand dan Vietnam.

KETOKOHAN
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab merupakan tokoh silat yang amat disegani di kalangan komuniti silat di
dalam negara mahupun antarabangsa . Beliau yang merupakan pengerusi dan mahaguru bagi Pertubuhan Seni Gayung
Fatani Malaysia telah mengetuai pertubuhan tersebut dengan jayanya . Pelbagai kemajuan yang telah dilakukan
beliau sepanjang menerajui pertubuhan tersebut sehingga dikenali di peringkat negara mahupun antarabangsa.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan
Perguruan Pesaka Selangor . Melalui PESAKA , beliau telah mengasaskan silat olahraga dan Kursus Muzik Silat
Baku Malaysia . Pada peringkat antarabangsa pula, memegang jawatan sebagai setiausaha kepada penajaan
pembentukan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di Jakarta, Indonesia. Beliau juga telah menjadi
jurulatih silat kepada beberapa negara seperti Austria, Switzerland, Perancis, Norway, Romania, Morocco dan
Jerman untuk mengembangkan silat di negara mereka.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PENULISAN


Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah menulis buku persilatan yang bertajuk “Silat Olahraga” dan “Teknik
Silat Melayu” dan buku tersebut telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku tersebut telah
dikeluarkan dalam dua bahasa untuk edaran tempatan antarabangsa. Karya terakhir beliau bertajuk “Silat-
Sejarah perkembangan kurikulum silat melayu tradisi dan pembentukan kurikulum silat malaysia moden” menyingkap
secara lengkap sejarah pembentukan kurikulum silat dan pembentukan Silat Malaysia yang kini telah dijadikan

kurikulum silat PSGFM dengan nama Kurikulum Silat PSGFM Piawaian 2000