Allahyarham Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN
PENGENALAN
Silat merupakan seni bela diri bangsa melayu dan nusantara yang
telah wujud sejak sekian lama . Silat merupakan
jati diri bangsa melayu . Di Malaysia khususnya, terdapat banyak
jenis pertubuhan silat yang wujud dan antaranya
ialah Silat Seni Gayung Fatani Malaysia . Tuan guru bagi
pertubuhan Silat Seni Gayung Fatani Malaysia ialah Tuan
Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab . Beliau dikenali sebagai “Pendita”
dikalangan komuniti Silat Seni Gayung Fatani
Malaysia . Beliau merupakan tokoh silat yang sangat disegani
dalam dunia persilatan di dalam negara mahupun
antarabangsa . Pelbagai sumbangan yang telah dilakukan oleh
beliau dalam pembangunan silat di dalam negara
mahupun
antarabangsa.
BIODATA
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN
Nama penuh beliau ialah Anuar bin Abdul Wahab . .Beliau
dilahirkan pada tanggal 23 Desember 1945 di Bagan
Tunjang ,Sabak Bernam ,Selangor. Beliau menerima pendidikan awal
di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan Sekolah
Ungku Aziz Sabak Bernam dan kedua-duanya terletak di Sabak
Bernam, Selangor. Kemudian beliau melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur. Telah
dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara dengan membawa
gelaran/singkatan (A.M.N.). Beliau juga dianugerahkan gelaran
Pendita oleh majalah senibeladiri terkemuka negara
majalah Seni Beladiri di atas segala jasa dan sumbangan beliau
di dalam dunia persilatan
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab meninggal dunia pada
tanggal 10 Mac 2009 pada jam 6.10 petang di
Hospital Kajang di Selangor. Berita mengenai kematian beliau
memberi kejutan kepada komuniti silat di tanah air
mahupun antarabangsa. Sebelum beliau meninggal dunia beliau
sempat menyiapkan buku terakhirnya iaitu ‘SILAT’
yang mengambil masa setahun dalam menyiapkannya. Buku tersebut
menjadi rujukan utama untuk Persatuan Seni
Gayung
Fatani dalam mempelajari mengenai sejarah dan pengajaran silat.
TAHAP PENDIDIKAN
Beliau menyambung pengajian dalam pengajian iktisas dalam bidang
Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis pada tahun
1965-1966 . Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam
peringkat Diploma Sarjana M.A Pengajian Islam pada
tahun 1985 di UKM . Beliau seterusnya mendapat Sarjana M.A. di
UKM pada tahun 1987 dalam bidang
persuratan.
Beliau pakar dalam pendidikan jasmani , seni dan kesusteraan . Ketika
pengajian, beliau telah mengambil
kursus dalam bidang :
1. Art (MPIK)
2. Dakwah Islam (JPM)
3. Grafik Animasi untuk Filem (IPTAT)
4. Pendidikan dadah
Beliau merupakan seorang guru bersara dalam bidang pendidikan
jasmani, seni dan sastera, dan merupakan ahli
kakitangan
di Selangor KBSM Art Source.
PENGLIBATAN TOKOH DALAM DUNIA SILAT
PENGLIBATAN AWAL DALAM SENI SILAT
Semenjak 1957, Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah
mempelajari beberapa seni silat dan antaranya ialah
Silat Harimau, Silat Cekak, Silat Sendeng, Silat Kuntau Betawi
dan Seni Silat Helang Sewah di Kampung Hutan
Melintang, Perak. Pada tahun 1965, beliau mempelajari Seni Silat
Gayung Fatani di Sabak Bernam. Pada tahun
1976, beliau telah menubuhkan pertubuhannya sendiri iaitu
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan telah
menjadi pengerusi dan Mahaguru dalam pertubuhan tersebut . Pada
tahun 1983, melalui usaha Tuan Haji Anuar bin
Haji Abdul Wahab , Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah
menjadi ahli kepada Pesekutuan Silat
Kebangsaan
Malaysia (PESAKA).
PENGLIBATAN DALAM PESAKA
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah menjadi Ahli Dewan
Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan
Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan Perguruan Pesaka Selangor.
Beliau seterusnya telah menubuhkan “Silat
Olahraga” pada peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau pada
ketika itu merupakan jurulatih dan juri pengadil
bagi silat olahraga sejak 1984-2004 . Beliau juga mengasaskan “Silat
Seni” pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau juga merupakan jurulatih dan juri pengadil bagi Silat
Seni sejak 1995 . Selain itu , beliau juga turut
mengasaskan “ Kursus Muzik Silat Baku Malaysia” dan beliau
merupakan hakim untuk Pergendangan Silat ( Muzik
Silat Baku Malaysia) di Kedah pada tahun 2002-2004 . Selain itu
beliau menganjurkan kursus jurulatih dan hakim
“Silat Seni” bagi sekolah - sekolah di seluruh Malaysia yang
merupakan kursus untuk jurulatih, pengadil dan juri di
peringkat sekolah di Maktab Teknik Kuala Lumpur.. Beliau juga
menjadi Pengerusi Teknikal Kejohanan Silat Dunia
yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 1987 dan Pengerusi
Teknikal ke-14 bagi Sukan SEA Kuala Lumpur.
PENGLIBATAN DALAM PERINGKAT SEKOLAH
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah melibatkan diri dalam
ko-kurikulum peringkat sekolah. Beliau pada
ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Teknikal pertama
Sekolah Menengah Kebangsaan Kejuaraan Silat
Kuala Lumpur. Beliau menjadi hakim bagi Silat Seni di
sekolah-sekolah pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau juga mengadakan kelas silat di sekolah rendah dan
sekolah-sekolah menengah di negeri-negeri di Malaysia dan
melibatkan dirinya dalam program silat sekolah. Beliau juga
merupakan jurulatih silat pada peringakat kebangsaan
mahupun antarabangsa. Ramai antara anak didiknya yang memperoleh
kejuaraan pada peringkat kebangsaan mahupun
anatarabangsa. Beliau telah membangunkan silat di peringkat
sekolah dengan mewujudkan satu kurikulum terhadap
pendidikan
silat di peringkat sekolah.
PENGLIBATAN SILAT PADA PERINGKAT ANTARABANGSA
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah memegang jawatan
sebagai setiausaha kepada penajaan pembentukan
Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di Jakarta,
Indonesia. Beliau juga telah menjadi jurulatih silat
kepada beberapa negara seperti Austria, Switzerland, Perancis,
Norway, Romania, Morocco dan Jerman untuk
mengembangkan silat di negara mereka. Antara usaha beliau dalam
mengembangkan seni silat pada peringkat
antarabangsa adalah dengan mengadakan seminar dan bengkel di
peringkat antarabangsa seperti Perancis,
Switzerland, Austria, Jerman dan Korea Utara. Beliau juga
merupakan jurulatih bagi Persekutuan Silat
Antarabangsa (PERSILAT) . Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab
juga telah melatih pasukan silat antarabangsa
seperti
Thailand dan Vietnam.
KETOKOHAN
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab merupakan tokoh silat yang
amat disegani di kalangan komuniti silat di
dalam negara mahupun antarabangsa . Beliau yang merupakan
pengerusi dan mahaguru bagi Pertubuhan Seni Gayung
Fatani Malaysia telah mengetuai pertubuhan tersebut dengan
jayanya . Pelbagai kemajuan yang telah dilakukan
beliau sepanjang menerajui pertubuhan tersebut sehingga dikenali
di peringkat negara mahupun antarabangsa.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Perguruan Persekutuan
Silat Kebangsaan Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan
Perguruan Pesaka Selangor . Melalui PESAKA , beliau telah
mengasaskan silat olahraga dan Kursus Muzik Silat
Baku Malaysia . Pada peringkat antarabangsa pula, memegang
jawatan sebagai setiausaha kepada penajaan
pembentukan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di
Jakarta, Indonesia. Beliau juga telah menjadi
jurulatih silat kepada beberapa negara seperti Austria,
Switzerland, Perancis, Norway, Romania, Morocco dan
Jerman
untuk mengembangkan silat di negara mereka.
SUMBANGAN DALAM BIDANG PENULISAN
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah menulis buku
persilatan yang bertajuk “Silat Olahraga” dan “Teknik
Silat Melayu” dan buku tersebut telah diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Buku-buku tersebut telah
dikeluarkan dalam dua bahasa untuk edaran tempatan antarabangsa.
Karya terakhir beliau bertajuk “Silat-
Sejarah perkembangan kurikulum silat melayu tradisi dan
pembentukan kurikulum silat malaysia moden” menyingkap
secara lengkap sejarah pembentukan kurikulum silat dan
pembentukan Silat Malaysia yang kini telah dijadikan
kurikulum
silat PSGFM dengan nama Kurikulum Silat PSGFM Piawaian 2000
cerita pak guru fauzi xde
ReplyDeleteok lah senang laahh buat karangan..TERBAIK
ReplyDelete